Wednesday, 29 January 2014

Menuju PhD... (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Esok cuti Chinese New Year, saya masih di sini. Di bilik Post Graduate dan di Lab Biorec. Bakteria2 tersayang perlu diternak sebelum saya bercuti panjang. Makanan pun harus disediakan secukupnya supaya tak mati kelaparan. Demand betul bakteria ternakan saya ni!

Sedar tak sedar dah hampir satu semester. Kejap je masa berlalu. Bulan Februari nanti dah separuh bulan hilang. Tapi tak mengapa. Jemputan ke Tanah Suci saya terima dengan hati terbuka. Terima kasih Allah dan mohon dipermudahkan semuanya. Balik nanti training dah sedia menunggu. 

Sementara tunggu untuk jumpa supervisor, bolehlah saya buat kerja lain dulu. Terlalu banyak dan kadang2 terfikir sebab itulah ramai orang akan extend bila nak habiskan PhD. Tapi takpe, ilmu kan sangat luas....

Oklah sehingga ketemu catatan selepas pulang daripada mengerjakan umrah. 

Hidup ini indah. Terima kasih Allah!

=)


Wednesday, 15 January 2014

MENUJU PhD.... (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah baru habis sesi discussion dengan supervisor petang ni. Hmmm...dah masuk tahun baru dan sem 1 pun dah nak habis. So, kena berlarilah lepas ni. Water sampling untuk preliminary study tinggal 2 tempat lagi. Harap boleh habis dalam minggu depan.

Banyak training nak kena attend ni. Maklumlah takde basic penggunaan alat HPLC, SPE, PCR, cell culture and so on. Tapi takpe, di mana ada kemahuan, di situ pasting terbentang jalan. Hihihihi....

Untuk tahun 2014 saya mensasarkan (macam sasaran pingat emas olimpik pulak!) 3 papers untuk presentation - conference/seminar dan 3 writing untuk jurnal/article/review paper. Dah beberapa bulan ni teringin menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri (kerja tak banyak mana, poyo je nak dapat hadiah...hihihi). Tapi takpe, memandangkan aim nak tulis paper dan presentation, so lepas selesai semua tu barulah boleh hadiahkan sesuatu yang agak bernilai untuk diri sendiri. Orang kata, hadiah yang dapat berbaloi dengan keringat yang dikeluarkan :)

Harap tahun ni Allah berikan kesihatan yang baik, kalau dapat baby pun cun jugak! Semoga dipermudahkan, dilindungi Allah selalu dan dijauhkan perkara-perkara yang tidak baik.

Setiap hari adalah INDAH...Terima kasih Allah....