Thursday 18 April 2013

SPA at Hilton@Kuching

Al-kisah dah sudah lunch tadi dengan Munirah & Kak Ejan, datang lagi ke Hilton untuk spa pada petangnya bersama my gojeslah-sangat-housemate, Magretta. 

Kat Borneo Oasis Spa ni ada macam-macam treatment yang ditawarkan. Tapi reserve awal-awal kalau tak nak gigit jari. Biasanya weekend memang full la...




Selain suasananya yang nyaman, layanan mesra, bahan-bahan yang digunakan juga sangat baik. Crabtree & Evelyn , L'occitane, dll....Wangi & berbaloi. Antara treatment & pakej yang ditawarkan,kami pilih massage full body then body scrub & conditioning.





Sebelum sesi dimulakan, teh panas disediakan...this is my housemate!


Bilik personal




Pas siap treatment....minum sky juice plak....then ronda-ronda amek gambar while waiting for Magretta :)







Dah siap...jom balikkkkk!!! Badan rasa ringan after 2hours session....Yuhuuuuu!!


Sekian :)

Luncheon at Hilton@Kuching

Bismillahirrahmanirrahim...

Keje...keje...keje....

Lepas keje wat ape? Kurang aktiviti menarik. yang paling menarik, MAKAN! :)

Dah selesai validasi kenaikan pangkat, officemate ajak lunch kat Hilton. Yang validasinya diorang, bukan saya. Tapi bab makan yang enak-enak, pasti saya tak tolak.

Jadi 5 april 2013 saya, kak ejan n munirah pegi lunch kat Hilton@Kuching.

jom makan....bismillah... :)

Ni je gambar yag sempat snap, yang lain dah selamat dalam perut...hihihi





Muka kami yang kekenyangan...Alhamdulillah... :)




Sekian, sebab terpaksa rushing nak pegi amek housemate plak untuk sesi spa kat Hilton jugak pada petang. :)

Wednesday 3 April 2013

My First Pandora :)

Dulu masa Pandora mula-mula masuk kat Malaysia, memang takde hati pun nak beli. Apa yang ada kat kepala "tak cantiknya!", "gini je pun harga ribu-ribu....."

Tapi bila dah selalu tengok kat butik Pandora & banyak juga iklan dalam majalah, terus jatuh cinta dan pasang niat nak milikinya satu hari nanti. Kebetulan pulak boss kat ofis duk bercerita dia belikan Pandora hadiah birthday untuk wife dia, terus risik-risik dan hati berbunga-bunga.... 

Sempena my birthday yang ke-30, dapatlah 1st Pandora ni. Charms yang dipilih bersesuaian dengan temanya - gift & love. Birthday present daripada suami tersayanggggg gtu....Warna pilihan pertama ni purple - tu pun selepas angkat letak angkat letak - purple - biru - pink - merah - last decision adalah PURPLE! 



Tak lama lepas tu, charms tersebut telah ditambah warna Mint Green.


Hasilannya, ini sajelah koleksi Pandora Pertamaku!


Sekian! :)