Wednesday 13 March 2013

Tentang Perasaan...

Bismillahirrahmanirrahim....

Semakin usia meningkat, cabaran hidup menjadi semakin banyak. Kadangkala ianya datang tanpa kita duga dan saya percaya, sebaik atau seikhlas manapun kita dalam melakukan sesuatu, pasti akan mengundang rasa tidak senang di hati orang. Apa yang mampu dilakukan hanyalah sabar dan berdoa moga Allah permudahkan semuanya.

Tanpa kita sedari kadangkala kata-kata kita akan dijadikan bahan untuk menjatuhkan kita oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Sungguh saya rasakan benar kenapa fitnah itu hukumnya lebih buruk daripada membunuh. Kerana dengan fitnah akan menyebabkan hubungan seseorang jadi keruh, tercetus permusuhan dan sebagainya.

Ya Allah, jauhilah kami daripada kejahilan, hasat dengki dan hati-hati yang kotor. Lindungi kami dengan rahmat dan berkatMu ya Allah...amin...