Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah rezeki pagi-pagi dapat makan. Tapi yang dimusykilkan satu benda je. Apesal la mahal sangat breakfast kat hotel ni? Actually harga breakfast tidak termasuk dalam harga bilik. So perlu bayar asing setiap hari. 31 Singapore Dollar (kira-kira rm80!) untuk setiap hidangan, bagi saya amatlah tak berbaloi. Memang sangat banyak pilihan makanan yang dihidangkan. Bayangkan fresh juice ada 12 pilihan dan makanan lain juga. Tapi agaknya berapa pinggan (atau periuk) makanan yang boleh kita ambil untuk makan pagi dengan mengambilkira saiz perut dan keperluan waktu pagi. Huhuhuhu kadangkala teringat berapa juta manusia yang hidup kebuluran dan tidak dapat makan kerana tidak berduit atau keadaan yan tidak mengizinkan???
Semoga Allah selalu murahkan rezeki untuk kita semua...amin....
Love. Love. Love from Singapore!