Zaman study dulu kita wajib ada buku. Tak kira buku teks atau buku rujukan. Bila masuk universiti, bahan bacaan kita mula menjurus ke arah minat atau bidang pengkhususan. Secara normalnya, bakal peguam akan membaca & memiliki (sekurang-kurangnya beli dan simpan!) buku berkaitan bidang guaman & undang-undang. Begitu juga bakal doktor, akauntan dan sebagainya.
Saya merupakan pelajar bidang kejuruteraan waktu di universiti dulu. Sudah tentulah buku-buku kejuruteraan menjadi kesayangan (jurnal engineering cari saje di library). Kalau tentang buku, saya sukakan yang original. Alasannya supaya mood nak study tu ada bila tengok buku sendiri yang ori dan berwarna warni...hehehe! Kononnyalah! (saya menyokong hakcipta juga!). Walaupun dulu saya tak pernah diberi baucer buku 1Malaysia...Dan saya masih menggunakan buku-buku tu sampai sekarang...
Sebahagian sahaja... =)
Bila dah tamat belajar dan mula bekerja, tak dapat paksa diri untuk terus baca buku-buku macam ni. Masih baca tapi waktunya dah dikurangkan. Mungkin umur dah semakin meningkat, otak pula perlukan bacaan ringan sahaja. Walaupun berkelulusan dalam bidang kejuruteraan, tapi kecenderungan perempuan kepada kecantikan dan fesyen memang tidak boleh dipisahkan. So, bacaan ringan lain mungkin boleh elak kebosanan...
The best-ever book of beauty
Bagusnya dalam buku ni mengandungi banyak tips untuk kelihatan cantik dan sihat. Cara penjagaan diri dan wajah juga disampaikan melalui gambar-gambar yang menarik. Untuk diet dan cara senaman yang betul pun ada juga. Berbaloi kan ada buku macam ni... :-)
Latest magazine
Setiap bulan mesti baca majalah. So dapat tahu apa yang in dan apa yang tidak. Jangan nilai seseorang daripada penampilannya atau di mana dia tinggal. Mungkin dia lebih super gorgeous kala berbicara tentang fesyen terkini dan alat solek apa yang terbaru di pasaran..mungkin juga dia lebih tahu cara mekap yang betul! Kerana dia bertemankan majalah-majalah terkini saban bulan.
Novel juga!
Zaman sekolah dulu saya sangat minat baca novel. Kalau tulisan Ahadiat Akashah tu memang jadi pujaan. Tapi lama-lama rasa fed-up pula. Sebabnya bila kawan-kawan pinjam novel, tak dipulangkan balik. Akhirnya tinggal kenangan sajelah novel-novel tu. Alkisah suatu hari yang damai, tatkala saya ke kedai buku, ternampaklah novel tulisan Sophie Kinsella ni. Macam menarik! Terus beli dan sekarang sedang berusaha untuk menghabiskan bacaannya...(maklumlah busy sangat). Best! Dan terus berangan untuk memiliki kesemua koleksi shopaholicnya....
So, kesimpulannya hobi membaca sangat relevan sampai bila-bilapun. Sama ada kita adalah jururawat, hakim, kerani, apatah lagi pensyarah seperti saya. Kerana ilmu itu tidak pernah habis, kerana membaca itu menambah pengetahuan,kerana melalui bacaanlah kita dapat melihat dunia yang berbeza. Kalau anda seorang pelajar, bacalah sekurang-kurangnya untuk cemerlang dalam exam!
P/s ~ Jangan kedekut sangat untuk spend sedikit wang buat beli bahan bacaan....
tatatititutu!
Wednesday, 25 April 2012
Wednesday, 18 April 2012
MAKANAN & MANUSIA ~ memang tidak boleh dipisahkan!
Saya tidak suka makan sejak saya mula hidup berdikari. It means masa mula-mula masuk universiti dulu. Sebabnya i. malas nak pegi beli makanan sebab kalau nak keluar mesti kene b'siap-siap... ii.menu kat cafe @ kedai, sama je sepanjang tahun... iii. tak berbaloi beli makanan sebab makan sikit saje, selebihnya menginap dalam tong sampah.
Itu cerita dulu. Sekarang pun saya tetap tak suka makan. Dengan ertikata lain, kalau nak makan tu berkira sangat. Sebab ke iv. makan sorang-sorang memang takde selera... v. Kalau nak masak memang tak berbaloi untuk makan sorang... vii. Takut gemuk (alamak!)
Tapi, namapun manusia. Kalau tak makan berminggu-minggu nanti takut matilah pulak. So, setiap hari perlu makan. Saya makan apa sahaja yang ada. Simple-simple saje. Sejak berkahwin, encik suami sangat suka memaksa saya makan. Memandangkan kami tinggal berjauhan, saya tetaplah dengan perangai saya yang tidak suka makan. Last-last, sakit perut, diri sendiri jugak yang susah. Walau bagaimanapun, bila pulang berjumpa encik suami @ dia datang melawat saya (macam tinggal kt hostel la plak!), dia akan bawa saya makan di tempat-tempat yang menarik, sebab dia suka makan & dia nak paksa saya makan. Dan bermula dari situ saya pun suka makan jugak & mula memilih makanan yang enak-enak.
minum petang @ secret recipe
Brunch @ restoran berputar Menara KL
Seafood with officemates @ Medan Pelita
Lunch @ Hilton
Ketupat sotong @ home sweet home ~ ni hasil air tangan sendiri...ahakss!
Kek Strawberi + hot tea @ Cameron Highlands (model di situ ira & danial =P )
Lepak sambil baca magazine @ Starbucks
Breakfast @ Santubong Resort
Hmm..cukuplah untuk part I. Banyaklah pulak kalau nak upload semua sekali. Kesimpulannya, saya mula memburu makanan bila stress, lapar, bosan & saje suka-suka nak makan. Sekian, makanan & saya!
=)

Tuesday, 17 April 2012
Permulaan catatan poyo seorang insan :-)
SALAM... heyy it's my first day... it's my diary... =)
Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita seharian, dan saya mahu abadikannya di kanvas ini untuk tatapan pada masa mendatang. Mulakan dengan kasut kerana ia akan membawa kaki bergerak lebih jauh...
:-)

Subscribe to:
Posts (Atom)