Saya tidak suka makan sejak saya mula hidup berdikari. It means masa mula-mula masuk universiti dulu. Sebabnya i. malas nak pegi beli makanan sebab kalau nak keluar mesti kene b'siap-siap... ii.menu kat cafe @ kedai, sama je sepanjang tahun... iii. tak berbaloi beli makanan sebab makan sikit saje, selebihnya menginap dalam tong sampah.
Itu cerita dulu. Sekarang pun saya tetap tak suka makan. Dengan ertikata lain, kalau nak makan tu berkira sangat. Sebab ke iv. makan sorang-sorang memang takde selera... v. Kalau nak masak memang tak berbaloi untuk makan sorang... vii. Takut gemuk (alamak!)
Tapi, namapun manusia. Kalau tak makan berminggu-minggu nanti takut matilah pulak. So, setiap hari perlu makan. Saya makan apa sahaja yang ada. Simple-simple saje. Sejak berkahwin, encik suami sangat suka memaksa saya makan. Memandangkan kami tinggal berjauhan, saya tetaplah dengan perangai saya yang tidak suka makan. Last-last, sakit perut, diri sendiri jugak yang susah. Walau bagaimanapun, bila pulang berjumpa encik suami @ dia datang melawat saya (macam tinggal kt hostel la plak!), dia akan bawa saya makan di tempat-tempat yang menarik, sebab dia suka makan & dia nak paksa saya makan. Dan bermula dari situ saya pun suka makan jugak & mula memilih makanan yang enak-enak.
minum petang @ secret recipe
Brunch @ restoran berputar Menara KL
Seafood with officemates @ Medan Pelita
Lunch @ Hilton
Ketupat sotong @ home sweet home ~ ni hasil air tangan sendiri...ahakss!
Kek Strawberi + hot tea @ Cameron Highlands (model di situ ira & danial =P )
Lepak sambil baca magazine @ Starbucks
Breakfast @ Santubong Resort
Hmm..cukuplah untuk part I. Banyaklah pulak kalau nak upload semua sekali. Kesimpulannya, saya mula memburu makanan bila stress, lapar, bosan & saje suka-suka nak makan. Sekian, makanan & saya!
=)
No comments:
Post a Comment