Wednesday, 2 July 2014

Menuju PhD....(Part 4) - Conference alert

Bismillah....

My friend asked me to join her to go to Vietnam for presenting paper. Lately i feel so excited to present more papers because my experience in International Post Graduate Seminar gave me high momentum. There's no short way to achieve your goal. I think i need to attend and join more conferences and seminars to build my confidence level and give me more experience.

So today i decided to find the suitable conference date, place and theme so that i can prepare for it. For a while i chosed to go to Vietnam this coming December and London on April 2015. However, to date im still do not discuss with my supervisor yet. Now, my plan is finished up my paper and then submit it to her. For Vietnam, review paper had been chosen to be my theme while for London i'll writing based on my batch treatment result.

O Allah, facilitate my way....amin...

Counting our blessing everyday...and smile :)



Monday, 30 June 2014

Menuju PhD (Part 3)

Bismillahirrahmanirrahim...

Pejam celik pejam celik, dah masuk 10 bulan sambung study. Alhamdulillah semuanya ok dan mohon Allah permudahkan semua urusan. Pengalaman present paper kat seminar buatkan lebih semangat untuk teruskan lab dan tulis paper lagi. Plannya tahun ni present paper dalam negara saje. InsyaAllah tahun depan nak mula ke luar negara, supaya dapat pengalaman baru. 

Benar kata orang, cabaran buat PhD ni lain sikit. Tak sama macam master dulu, apatah lagi degree. Banyak cabaran, yang penting kena kuat semangat, tak putus asa dan teruskan berdoa. Orang hanya suka berkata dan berburuk sangka, kita yang menghadapinya ni kena tenang dan tak boleh patah semangat. Tak lama pun, insyaAllah lagi 2 setengah tahun. Kita tak boleh harapkan orang yang bagi semangat untuk kita berjaya. Kalau kita nak berjaya, usahalah dan jangan mudah mengalah.

Kadang-kadang kita kecewa, kadang-kadang kita give-up. Tapi percayalah, mohon pada Allah semoga segala kekalutan segera berlalu. Banyak nikmat yang Allah berikan, kenapa kekecewaan yang kita besar-besarkan? Allahuakbar....

Ya Allah, jadikan masa depanku terus gemilang, ceria dan bahagia. Jadikan perjuanganku dalam menimba ilmu sebagai jambatan ke syurga. Amin ya rabbal alamin... :)


p/s: Rindu ketenangan dan kedamaian di kaki Gunung Serapi, nikmat Allah yang telah hilang dari hidupku...Rindu kehidupan yang jauh daripada gangguan dan buruk sangka manusia.


Monday, 21 April 2014

Berdandan...errrr whatever!

Bismillahirrahmanirrahim....

Dah lama nak post pasal kosmetik tapi selalu tak kesampaian sebab fikir i'm not that type of lady yang mekap beria sampai dah tak nampak muka asal. Tapi normal seorang perempuan ada beberapa item basic untuk mekap. Dulu pernah pakai brand Loreal, lama juga sebelum tukar kepada kosmetik baru. Berminat pulak dengan Clinique dan Estee Lauder. Dalam 2 tahun juga pakai dua brand ni sebelum jumpa Chanel. Tapi untuk skincare masih setia dengan Clinique! Memilih lipstik sebab tak semua brand sesuai dengan bibir. Bila dah jumpa Chanel, sangat puas hati. Tak mengeringkan bibir dan colour pilihan pun banyak. Beli kat Malaysia ni mahal sikit, bila berkesempatan ke Singapura, beli je kat sana. Lebih murah. Kat Malaysia harga sebatang lipstik Chanel RM95 tapi kalau beli kat Singapore, dalam RM90 gitu je. Tu pun lepas dah naik harga =)).

Tak banyak pun koleksi kosmetik. Ada yang basic saje.

Ni je semua kosmetik Chanel dalam simpanan  



 Blusher (Blossom edition). If i'm not mistaken beli kat Parkson Kuching RM148.00


 Compact and loose powder (Loose powder RM158.00 & compact powder RM162.00)


 Lipstik ada 3 kaler je....nak hunting beberapa nude colour lagi...


Ni kaler yang latest ada dalam simpanan


Tu je la kosmetik yang tak seberapa. Hihihi....


Love colour. Love cosmetics. Love Chanel. Love myself!


Sunday, 20 April 2014

Relaxing weekend @ Port Dickson

Bismillahirrahmanirrahim...

Ke PD dah selalu sangat tapi biasanya stay kat Lexis, so kali ni kami tukar angin sikit...jalan2 cari hotel lain yang dekat dengan pantai. Alhamdulillah walaupun last minute check in tapi dapat hotel yang ok. The Regency Tanjung Tuan. Hotel yang berkonsepkan apartment ni sangat ok. Apartment yang ditawarkan ada 4 jenis. 1,2,3 or 4 bedroom in 1 apartment. Memandangkan kami suami isteri cuma berdua, so apartment 1 bilik menjadi pilihan. Dengan harga Rm320++, berbaloi sebab apartment menghadap pantai, ada ruang tamu dan dining area, dapur (walaupun tak masak). Harga apartment tanpa breakfast.











Lunch/dinner di restoran yang disediakan di tepi pantai sangat menarik. Dengan angin sepoi2 bahasa, harga makanan yang mahal bukan soalnya lagi. Pesan makanan, nikmatinya dan bayar saje! =)











Love weekend. Love yourself. Love my loved one!



Hari kerja terakhir @ Politeknik Kuching Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim....

#throwback #sweet memory

Hari terakhir di Politeknik Kuching. Sangat sedih tapi hidup perlu diteruskan. Kenangan manis, temanilah aku... kenangan pahit, pergi jauh dariku...










terima kasih semua...berikan daku bahagia, berikan daku luka... kenangan terindah tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.... :)


Love.love.love


Monday, 17 March 2014

Breakfast @Park Royal Hotel Singapore





Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah rezeki pagi-pagi dapat makan. Tapi yang dimusykilkan satu benda je. Apesal la mahal sangat breakfast kat hotel ni? Actually harga breakfast tidak termasuk dalam harga bilik. So perlu bayar asing setiap hari. 31 Singapore Dollar (kira-kira rm80!) untuk setiap hidangan, bagi saya amatlah tak berbaloi. Memang sangat banyak pilihan makanan yang dihidangkan. Bayangkan fresh juice ada 12 pilihan dan makanan lain juga. Tapi agaknya berapa pinggan (atau periuk) makanan yang boleh kita ambil untuk makan pagi dengan mengambilkira saiz perut dan keperluan waktu pagi. Huhuhuhu kadangkala teringat berapa juta manusia yang hidup kebuluran dan tidak dapat makan kerana tidak berduit atau keadaan yan tidak mengizinkan???

Semoga Allah selalu murahkan rezeki untuk kita semua...amin....


Love. Love. Love from Singapore!


Wednesday, 29 January 2014

Menuju PhD... (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Esok cuti Chinese New Year, saya masih di sini. Di bilik Post Graduate dan di Lab Biorec. Bakteria2 tersayang perlu diternak sebelum saya bercuti panjang. Makanan pun harus disediakan secukupnya supaya tak mati kelaparan. Demand betul bakteria ternakan saya ni!

Sedar tak sedar dah hampir satu semester. Kejap je masa berlalu. Bulan Februari nanti dah separuh bulan hilang. Tapi tak mengapa. Jemputan ke Tanah Suci saya terima dengan hati terbuka. Terima kasih Allah dan mohon dipermudahkan semuanya. Balik nanti training dah sedia menunggu. 

Sementara tunggu untuk jumpa supervisor, bolehlah saya buat kerja lain dulu. Terlalu banyak dan kadang2 terfikir sebab itulah ramai orang akan extend bila nak habiskan PhD. Tapi takpe, ilmu kan sangat luas....

Oklah sehingga ketemu catatan selepas pulang daripada mengerjakan umrah. 

Hidup ini indah. Terima kasih Allah!

=)


Wednesday, 15 January 2014

MENUJU PhD.... (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah baru habis sesi discussion dengan supervisor petang ni. Hmmm...dah masuk tahun baru dan sem 1 pun dah nak habis. So, kena berlarilah lepas ni. Water sampling untuk preliminary study tinggal 2 tempat lagi. Harap boleh habis dalam minggu depan.

Banyak training nak kena attend ni. Maklumlah takde basic penggunaan alat HPLC, SPE, PCR, cell culture and so on. Tapi takpe, di mana ada kemahuan, di situ pasting terbentang jalan. Hihihihi....

Untuk tahun 2014 saya mensasarkan (macam sasaran pingat emas olimpik pulak!) 3 papers untuk presentation - conference/seminar dan 3 writing untuk jurnal/article/review paper. Dah beberapa bulan ni teringin menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri (kerja tak banyak mana, poyo je nak dapat hadiah...hihihi). Tapi takpe, memandangkan aim nak tulis paper dan presentation, so lepas selesai semua tu barulah boleh hadiahkan sesuatu yang agak bernilai untuk diri sendiri. Orang kata, hadiah yang dapat berbaloi dengan keringat yang dikeluarkan :)

Harap tahun ni Allah berikan kesihatan yang baik, kalau dapat baby pun cun jugak! Semoga dipermudahkan, dilindungi Allah selalu dan dijauhkan perkara-perkara yang tidak baik.

Setiap hari adalah INDAH...Terima kasih Allah....